Selasa, 22 September 2020

Aku berhenti kerja kerajaan ,perkembangam terbaru bulan 10

 Salam geng semua yang tengah tengah stress bekerja tu ..bawa bawa betenang ye ..ni baca kisah Aku ni ..semoga boleh jadi iktibar ataupun nasihat mahupun berkongsi pengalaman ..


    Yahhhh!!! Lama doe Aku x menulis ni AKA menaip buat blog ..biasa la weh..Kita kan dah berhenti kerja , jadi banyak benda yang harus difikirkan Dan harus di buat untuk teruskan hidup ..

    Ok , jadi apa yang Aku nak kongsikan sepanjang Aku berenti kerja sampai sekarang ni ialah Aku rasa tenang Dan bersyukur .. yelah kan ..sebelum ni ramai yang kata " ruginya berhenti kerja kerjaan ni , dah elok elok kerja bagus nak berenti , lepas ni nak kerja apa , bukan susah nak Cari kerja sekarang ni " ...haaa macam tu la lebih kurang ayat yang Aku ingat ..dia Tak tahu yang Kita stress sorang sorang menangis , tekanan ,apa semua tu ..kannn...

   Tapi memang betul apa yang dorang kata ..nak Cari kerja bukan senang , lagipun kerja dah bagus nak berenti pulak..tapi dorang silap , dorang lupa yang beri rezeki tu semua dari yang Maha Esa..jadi sebab tu Aku ambik keputusan untuk berhenti jugak walaupun sekarang Aku masih Tak bekerja ..

    Walaupun Aku masih Tak bekerja tetapi Ada perkara yang aku rasa bersyukur Dan amat bertuah sekali yang Allah bagi Kat Aku untuk Aku rasa Dan untuk Aku jadikan sebagai jadikan diri Aku lebih mengetahui apa yang Aku Tak tahu ...contohnyaaaa..........haaa korang mesti nak tahu kan apa bendanya ..sabar ..Aku akan terus becerita , sebagai perkongsian ..

   Ok , macam ni la ..sepanjang aku Tak Ada kerja ni kan ..macam macam Aku nampak ..dipendekan cerita , Aku nampak macam macam perangai orang ..almaklumlah Aku kan. Seorang penganggur , jadi alhamdulillah jadi seorang penganggur jadikan Aku lebih memahami orang sekeliling Aku contohnya dulu makcik pakcik tegur bila nampak Aku tapi sekarang Ada sesetengahnya yang macam Tak kenal Aku langsung , jangan kata berborak , menegur pun Tak payah cakap la ,..lagi contoh kawan kawan la ..dulu duduk ketama bersama , menangis bersama , tapi bila Aku susah Tak Ada apa apa ..takda nya nak bersama sama dah ..selamber je Lalu depan Aku ..jangan kata Tanya khabar , tegur Sapa pun Tak..haha...pehhhhhh...baru Aku tahu apa itu kehidupan ...

   Sepanjang Aku hidup dunia ni kan , saat ni la Aku rasa Paling jatuh antara waktu Masa saat yang Aku lalui ..korang bayangkan la dari kerja biasa bisa , masuk kerja kerjaan Dan terus Tak Ada kerja langsung ..duit pun dah nak habis ..apa apa pun , itu la kehidupan ..sekejap Kita di atas , sekejap Kita di bawah ..selagik Kita di dunia ni selagik tu la Kita di uji..Aku berasa bersyukur sangat atas apa yang berlaku sebab perkara macam tu la Aku lebih kenal sekeliling Dan kenal kesilapan Aku ..Alhamdulillah Allah bagi Aku Masa untuk memperbaiki diri ..

   Sebenarnya Aku rasa seronok sebenarnya sebab tu la Aku rajin buat blog ayat panjang panjang ni ..nak tahu sebab apa ...haaaa...ok Aku kongsikan ...

    Doa Aku dimakbulkan , setiap solar Aku dan Salah satu yang aku minta adalah Aku nak kerja ..Allah makbulkan apa yang Aku minta..walaupun bukan kerja kerajaan tapi kerja ni Aku betul betul Suka sebab kerja ni pergi satu kawasan ke kawasan yang lain ..aku ni Suka tengok tempat tempat baru lebih lebih lagi kawasan pedalaman ..Alhamdulillah , jumaat atau sabtu ni dalam Masa seminggu Aku akan mula kerja kawasan pedalaman yang Tak pernah aku masuk lagi ..dengar dengar member cakap kawasan tu air batu Dan Tak Ada line telifon ...pehh enjoy ..Aku bersyukur sangat sangat ..Tak sabar nak mulakan kerja minggu ni .

     Jadi , macam tu la Aku punya perkembangam sekarang ..korang pulak macam Mana , ? Apa apa pun Aku nasihatkan sebelum buat keputusan , buat la solar istikharah ..minta petunjuk ,.aku dulu pun sebelum berenti Aku buat solat tu ..In Syaa Allah  dapat jawapan ..

     Ok lah geng ..nanti Aku sambung pulak pekembangan seterusnya ..Aku doakan korang dapat jawapan Dan dimurahkan segala urusan ..chow geng ..jumpa lagi ..assalamualaikum ..


       Yang sedang berjuang: 7ujuh

14 ulasan:

  1. Sy pun dlm dilema.berhenti atau terus bekerja

    BalasPadam
  2. Aku sedang alami apa yg penulis bgtau.rasa stress bila buat kerja yg bkn bidang kita

    BalasPadam
    Balasan
    1. Aku memahami APA Yang awak tengah Rasa. Teruskan berdoa untuk lebih kuat

      Padam
  3. Salam saya berhasrat untuk berhenti kerja kerajaan setelah 8 tahun berkhidmat. Saya belum jmp kerja yg sesuai dan saya Risau sebab saya mempunyai komitmen yg tinggi 🥺

    BalasPadam
    Balasan
    1. Setelah Aku berhenti tu , Aku pun tak tahu APA Yang sesuai , cuma sekarang Aku buat kerjaya Baru .

      Padam
  4. Balasan
    1. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

      Padam
    2. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

      Padam
    3. Aku dah update kan blog Aku yang Baru ni ..Aku X dpt nk update blog Aku Yang lama ni SBB terlupa email Dan pswod ..jumpa kat blog "Aku Dan journey " ye ..bai

      Padam
  5. Say pekerja kintrak.umur pon x muda.saya nak berenti sebab bangun pagi je rasa stress sebab kena pergi keja.sampai slamber x pegi kerja seminggu.buat kerja di rumah.lantakla bos nk buat apa.sampai mcm tu dah kaedahnya.komitmen banyak suami x bagi berneti sebab dia x mampu.huwaaaa.penatla keja kontrak ni.gaji rendah plak yu

    BalasPadam
  6. APA Apa updat jumpa kat blog Aku Dan journey ye..bai

    BalasPadam
  7. Aku terlupa email Dan pswod Aku kat blog si tujuh ni ..jadi Aku bulak blog Baru dengan Nama " Aku Dan journey" ..Aku Akan update kisah Aku selepas Aku berhenti kerja kerajaan tu ..dah 2 tahun Aku hilang sepanjang Aku berhenti kerja tu ..terlalu sibuk sekarang selepas berhenti ..jadi Aku Akan cerita kat sana ye ..jumpa kat blog Aku Yang baru ni ..chow.salam.

    BalasPadam
  8. Saya rasa keputusan awk betul sbb behenti keje kerajaan ..
    Doakan sy dpt kekuatan cm awk..terasa nk behenti ..emosi fizil dan mental saya tergugat d sebabkan byk toksik😭..klo saya kaya..xnk keje kerajaan! Benci

    BalasPadam